Wednesday, August 27, 2008

Motor ni abah punya

Dah tengok iklan merdeka Petronas tahun ni? Petronas macam biasa akan buat iklan yang menyentuh perasaan. Namun jika kita lihat, adakah reliti kehidupan sama macam dalam iklan itu? Untuk permulaan, seorang penjaja yang miskin jarang dapat mengumpul duit sebanyak itu.Kerana kebiasaannya dia akan ada beberapa orang anak lagi yang perlu di sara. Kedua, dia jarang malah, selalu tak dapat tunaikan permintaan anaknya semasa kecil, jadi anaknya tentu rasa kecewa dan berdendam. Ketiga, masyarakat melayu jarang ada kesedaran untuk menabung, apa tidaknya, untuk makan minum pun hanya sekadar cukup cukup sahaja. Jadi ini adalah kes yang jarang jarang. Tapi mungkin boleh juga berlaku. Pengajaran iklan ini, cubalah menabung, walau sesusah mana pun kerana kesenangan nanti di belakang hati akan di nikmati. Itulah hakikat sebuah kehidupan.

No comments: