Wednesday, August 27, 2008

Berkongsi petua

10 cara Mengejar Kejayaan dan Kekayaan dalam Hidup
1. Bagaimana anda berfikir menentukan gagal atau berjaya. Sentiasa berfikiran positif dengan setiap langkah dan peluang. Gambarkan kejayaan, bukan kegagalan. Elakkan dari persekitaran atau orang orang negetif.
Anda adalah apa yang anda fikir. bahkan ada satu kajian menunjukkan fikiran positif boleh memanjangkan jangka hayat manusia!
2. Buat keputusan tentang cita-cita dan matlamat.Biar ada matlamat yang jelas.
Contoh: Nak kumpul 50 ribu sebelum umur 40.
Bukan: Nak kumpul 50 ribu suatu masa nanti.
Bila dah buat keputusan, buat rancangan macam mana nak dapat dan ikut perancangan itu.
3. Ambil tindakan .Perancangan yang paling baik belum cukup. Kena ambil tindakan . Kena Buat. Macam iklan "nike" ..just do it.
4. Jangan berhenti belajar. Masuk kelas, apa apa kelas yang bermanfaat. Baca buku, masuk forum perbincangan. Beri masa terhadap apa yang anda mahu kuasai. Bidang apa, insurans? MLM? Buat kek? Internet? dan apa sahaja yang anda suka.
5. Konsisten dan kerja keras.Kejayaan ibarat marathon, bukan pecut 100 meter. Tumpukan pada matlamat dan teruskan usaha. jangan ada putus asa.
6.Belajar untuk analisa benda2 dengan detail. Kumpulkan maklumat dan tanya apa yang anda mahu tahu.Akui kesilapan tapi jangan takut dengan kesilapan, tapi ambil sebagai pengajaran
7.Fokus atas usaha anda. Bila anda sudah percaya apa yang anda buat sahaja dengan tekun. Jangan biar orang atau benda benda remeh buat anda menukar fikiran.
8.Jangan fikir mahu jadi macam orang orang biasa. Kalau kita yakin kita betul, teruskanlah, kalau kita ikut ikut orang, sampai bila pun tak ke mana.
9.Faktor komunikasi. Kita hidup perlu ada benda ini. Tak kira apa bidang pun.
10.Jujur dan tanggungjawab. Tanpa benda yang akhir ini, semua 9 yang di atas tak beri banyak makna.

2 comments:

nour said...

sy setuju 100% dgn anda..=D

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,
kpd sume warga Facebook malaysia, di sini saya ingin berkongsi sesuatu yang agak FUN ttp boleh menggandakan wang dlm tempoh yg singkat.Saya sendiri telah

mendapat hasilnya dlm beberapa jam setelah mengikutinya. nak tau mcmane? sila klik Link di bawah:

http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=mr_yagami07