Sunday, August 10, 2008

Mechanical solution only

Pengalaman pertama di bangku sekolah, belajar...seterusnya belajar, tuntut ilmu biar penuh di dada, agar dapat berdikari bila sudah tua. Namun hakikatnya bukan semua orang boleh berjaya dalam sekelip mata, celik mata jer semua dah ada didepan mata, yang pasti bukan semua orang ditempat itu. Bagi aku dengan berbekalkan kemahiran di dalam kejuruteraan mekanikal, belum cukup untuk menjamin kesenangan hidup pada hari ini.Usaha perlu di teruskan tidak mengira waktu dan usia, di setiap sudut pasti ada ruang untuk kita mencari sesuatu. Setiap hari kita bekerja untuk menyara keluarga, mencari rezeki yang halal tanpa mengira waktu, adakah kita sedar yang hidup kita lebih dari itu. Pada hari ini, kita melangkah keluar rumah sahaja sudah duit.. petrol, waktu pagi bila perut sudah lapar, perlu duit untuk makan, belum yang lain2. Adakah kerajaan kita sedar tentang hakikat kesengsaraan rakyatnya, atau kita yang perlu sedarkan mereka dengan menukarnya, tepuk dada tanya hati, anda sendiri yang memilihnya, dengan kanaikan harga petrol, harga barang dengan ditambah kenaikkan gaji yang sedikit, anda rasa boleh hidup dengan cukup2, so anda bekerja hari ini untuk apa?, sekadar tolong bos dan imej kerajaan kita, hakikatnya anda boleh melihat sendiri, apa yang berlaku pada hari ini, bukan semua berada didalam keadaan hidup yang selesa. Diri saya terasa terpanggil dan tercabar, dengan ekonomi yang kurang baik, saya ingin melakukan sesuatu usaha yang dapat menjana pendapatan saya, sebabnya saya melihat dengan positif, kalau bangsa cina... hari ini kerajaan umumkan gula naik 20sen sekilo, kita tengok dia punya usaha untuk menampung lebihan belanja dengan bekerja dengan pendapatan lebih dari mencukupi, tapi bagaimana...ibarat kata ahmad nabil raja lawak, lu pikir lah sendiri. Tapi tidak bagi saya, allah tidak menciptakan hambanya dengan sia2, setiap manusia ada kelebihan tersendiri dengan ilmunya, pengalaman saya bekerja sambil menuntut ilmu didalam bidang mekanikal pembuatan mematangkan saya, dari satu tempat kerja bertukar kepada yang lain dengan jawatan yang berbeza, bermula operator pengeluaran, seterusnya kepada pemesin am, kemudian menjadi seorang juruteknik sehingga menjadi seorang pereka bentuk industri. Selepas ini kemanakah saya akan pergi. Baki waktu berkerja perlu diteruskan sehingga ke umur 55tahun, itupun jika dipanjangkan umur, bagaimana nasib masa depan keluarga yang perlukan pembiayaian dan penjagaan sedangkan gaji yang diterima tiap2 bulan masih lagi kecil jumlahnya, tetapi saya masih lagi besyukur, sebab kita bemula dari kecil, begitu juga usaha kita. Pokok pangkalnya hari ini kita mahu jadi apa, minda bawah sedar yang ada pada setiap manusia perlu dipecahkan agar boleh melihat dengan telus, ada orang kata gergasi tidur, walaupun sudah lanjut usia, tidak juga sedar2. Pepatah ada menyebut...gengam bara api biar sampai jadi arang, hasilnya kita cuma dapat arang jer setelah tangan melecuh, yang sebaiknya biar gengam bari api biar sampai jadi intan jutawan. Pepatah yang digubal oleh seorang jutawan cina yang meletakan nama melayu yang sememangnya bukan beragama islam. Sebenarnya bukan susah aku ingin jadi kaya, kita hanya perlu meniru mereka yang sudah berjaya, Duit....Doa, usaha,ikhtiar dan tawakal kepada yang maha kuasa, insyaallah hidup kita pasti berjaya didalam bidang masing2.

No comments: