Sunday, May 10, 2009

Ini aku

ini aku . ini blog aku

Friday, September 12, 2008

Ternakan cacing yang sebenar



Cacing yang telah siap dikumpulkan untuk jadikan bahan campuran kosmetik, ubat-ubatan dan makanan berperotin tinggi, 80% lebih tinggi dari kacang soya.
Ini pula tempat ternakan cacing tanah, tempat yang fleksibel dan sesuai dengan buget sesorang pengeusaha mengikut kemampuan modal.


Untuk permulaan memang agak mengelikan dan juga menjijikkan, tapi siapa sangka ianya boleh menjana pendapatan sesorang melebihi gaji seorang pengetua sekolah.Mana tidaknya, pm kita penah berkata...pertanian adalah perniagaan....Untuk selanjutnya lihat hebahan yang saya lampirkan untuk sesiapa yang berminat kenal lebih dekat.

Monday, September 8, 2008

Berapa anda ada dalam ASB

ASB adalah satu peluang untuk bumiputera membuat pelaburan saham amanah. Ianya adalah langkah bijak kerana pulangan yang diperolehi adalah tinggi, lebih tinggi daripada fixed deposit.Satu lagi kelebihannya ialah ianya dijamin oleh kerajaan Malaysia. Berikut adalah kadar faedah pendapatan ASB.
2003 9.25%
2004 9.25%
2005 9.25%
2006 8.55%
2007 9.00%
Untuk 2008 saya masih menunggu hasil bonusnya. Harap harap akan dapat sekitar 8 % lebih.
Sekarang kita tengok pula kadar faedah yang akan dapat kalau melabur kat tempat tempat lain.
Bawah bantal, : 0 %
Bank biasa, faedah(riba) : 1%
Al-Mudharabah : 3%
KWSP : 4-5%
Tabung Haji : 3-4%
ASB : 7-8% bergantung keadaan ekonomi malaysia
Koperasi Bank Rakyat :15%
Unit amanah : 12% ke atas & bergantung kepada harga pasaran semasa
Saham BSKL : Tiada had, Bergantung kepada harga pasaran semasa dan juga luck.

Wednesday, August 27, 2008

Motor ni abah punya

Dah tengok iklan merdeka Petronas tahun ni? Petronas macam biasa akan buat iklan yang menyentuh perasaan. Namun jika kita lihat, adakah reliti kehidupan sama macam dalam iklan itu? Untuk permulaan, seorang penjaja yang miskin jarang dapat mengumpul duit sebanyak itu.Kerana kebiasaannya dia akan ada beberapa orang anak lagi yang perlu di sara. Kedua, dia jarang malah, selalu tak dapat tunaikan permintaan anaknya semasa kecil, jadi anaknya tentu rasa kecewa dan berdendam. Ketiga, masyarakat melayu jarang ada kesedaran untuk menabung, apa tidaknya, untuk makan minum pun hanya sekadar cukup cukup sahaja. Jadi ini adalah kes yang jarang jarang. Tapi mungkin boleh juga berlaku. Pengajaran iklan ini, cubalah menabung, walau sesusah mana pun kerana kesenangan nanti di belakang hati akan di nikmati. Itulah hakikat sebuah kehidupan.

Berkongsi petua

10 cara Mengejar Kejayaan dan Kekayaan dalam Hidup
1. Bagaimana anda berfikir menentukan gagal atau berjaya. Sentiasa berfikiran positif dengan setiap langkah dan peluang. Gambarkan kejayaan, bukan kegagalan. Elakkan dari persekitaran atau orang orang negetif.
Anda adalah apa yang anda fikir. bahkan ada satu kajian menunjukkan fikiran positif boleh memanjangkan jangka hayat manusia!
2. Buat keputusan tentang cita-cita dan matlamat.Biar ada matlamat yang jelas.
Contoh: Nak kumpul 50 ribu sebelum umur 40.
Bukan: Nak kumpul 50 ribu suatu masa nanti.
Bila dah buat keputusan, buat rancangan macam mana nak dapat dan ikut perancangan itu.
3. Ambil tindakan .Perancangan yang paling baik belum cukup. Kena ambil tindakan . Kena Buat. Macam iklan "nike" ..just do it.
4. Jangan berhenti belajar. Masuk kelas, apa apa kelas yang bermanfaat. Baca buku, masuk forum perbincangan. Beri masa terhadap apa yang anda mahu kuasai. Bidang apa, insurans? MLM? Buat kek? Internet? dan apa sahaja yang anda suka.
5. Konsisten dan kerja keras.Kejayaan ibarat marathon, bukan pecut 100 meter. Tumpukan pada matlamat dan teruskan usaha. jangan ada putus asa.
6.Belajar untuk analisa benda2 dengan detail. Kumpulkan maklumat dan tanya apa yang anda mahu tahu.Akui kesilapan tapi jangan takut dengan kesilapan, tapi ambil sebagai pengajaran
7.Fokus atas usaha anda. Bila anda sudah percaya apa yang anda buat sahaja dengan tekun. Jangan biar orang atau benda benda remeh buat anda menukar fikiran.
8.Jangan fikir mahu jadi macam orang orang biasa. Kalau kita yakin kita betul, teruskanlah, kalau kita ikut ikut orang, sampai bila pun tak ke mana.
9.Faktor komunikasi. Kita hidup perlu ada benda ini. Tak kira apa bidang pun.
10.Jujur dan tanggungjawab. Tanpa benda yang akhir ini, semua 9 yang di atas tak beri banyak makna.

Saturday, August 23, 2008

A Merdeka prize.

The return of Anwar Ibrahim.The Prime Minister in waiting.Anwar is seen here with Husam Musa, the Vice President of PAS. Anwar is in good step to be the next Prime Minister of Malaysia.Husam is a rising star in PAS. With Dato Kamaruddin Jaafar and many more capable leaders, the Pakatan Rakyat is indeed the true "ship" which will direct Malaysia to a greater height. We Malaysian did't want Rosmah Mansor as the de facto Prime Minister of Malaysia.Yes, we are not joking here.Thank you to Permatang Pauh voters that have made the right choice.

Wednesday, August 13, 2008

Wang Besar bukan segalanya tapi hidup perlukan wang

Jika hari ini duit menjadi masalah besar terhadap masyarakat hari ini, bagaimana pula nasib generasi kita pada masa akan datang.Untuk itu saya cuba melakukan usaha yang tidak merugikan pada saya, sekiranya saya mencuba peluang untuk menambahkan pendapatan seperti membuat mlm atau menjual insuran.
Untuk berjaya dan kaya serta bebas dari hutang bukanlah senang.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Pemikiran andalah yang akan menentukan anda miskin atau kaya.Pemikiran dan kata kata seseorang sama ada positif atau negatif.
Tiga benda relistik untuk mengumpul asset dan menjadi kaya ialah:
1. Hartanah
2. Aset atas kertas ( duit)
3. Pegangan perniagaan ( saham)
Jadi macam mana mahu buat?
1. Belajar kaedah bisness
2.Belajar mengurus kewangan
3.Belajar kaedah melabur yang betul. (bukannya skim cepat kaya)

Jadi kita mesti berfikir macam mana mahu buat . Fikir. Dan fikir.

Cara orang kaya berfikir

  • Nak kembangkan bisness
  • Bina beberapa banyak buah rumah
  • Mana nak melabur
  • Orang kaya adalah baik hati

Cara orang biasa berfikir

  • Nak cari kerja
  • Nak beli rumah
  • Nak simpan duit
  • Orang kaya jahat